Kenapa boleh jadi macam tu??
Sebabnya rama-rama tu mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Walaupun indahnya sesuatu bunga tapi tanpa kehadiran rama-rama,
tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Apa dia ya? Pernah atau tidak kita terfikir...
Kalau kita tangkap dan pegang rama-rama itu, apa agaknya yang akan melekat pada jari kita?
Mestilah warna dan corak rama-rama itu. And then kita lepaskan, rama-rama itu akan terbang semula tapi tidak secantik rupanya sebelum kita tangkap kan? Sesiapa sahaja yang menangkapny, sudah pasti tidak tertarik padanya lagi.
Kerana apa? Haa...mungkin kita boleh fikirkan sendiri...
Ada sesetengah orang akan berfikir, "kalau aku tangkap n simpan untuk buat jualan, ok gak ni.."
Hmm..jika kita fikir balik, mana kita nak? Rama-rama yang terbang bebas atau perhiasan yang dah diawet?
Sebenarnya...rama-rama ni ibarat seperti wanita.
Indahnya ia untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada saja tangan- tangan yang hinggap pada tubuhnya. Memang secara fizikalnya, kita tengok tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah tetap dah tercemar.
Sama je ngan wanita. Bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak yang indah, tapi corak-corak itu telah pudar & tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya..
Kalau wanita?
Harga wanita terletak pada tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang mengindahkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu kita dipuja, jangan terlalu mabuk sebaliknya kenangkan kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu jangan terlalu mudah untuk menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.
Kita tidak muncul sendiri, sebaliknya kita adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.
Yang penting...hak kita adalah memelihara kehormatan. Selama mana kita memelihara kehormatan dan maruah diri pada yang terbaik, sebaik sahaja kita tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, kita dah kehilangan masa depan.
Postman-butterfly...Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika kita tidak pernah tahu kewanitaan kita itu adalah sasaran terpenting si penceroboh, kita perlulah ingat bahawa kita ni diibarat seperti rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Begitu mahalkan harga diri. Semakin sukar kita dimiliki, semakin mahal nilai kita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi. Jangan terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, kita akan lebih dihormati. Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki, tetapi berapa ramainya yang benar-benar sanggup menyintai kita.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya, anggaplah diri masih berhak terbang bebas bagaikan si rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
yang membanggakan semua orang.